sambutan kemerdekaan kg kuala gris

Pada 31 Ogos 2017 yang lalu telah diadakan Program Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Kampung Kuala Gris oleh wakil-wakil komuniti setempat yang terdiri daripada Jawatankuasa JKKKP, KRT dan NGO berkaitan. PI1M Kuala Gris turut sama-sama meraikan dan menyertai program sambutan ini bagi mendekati komuniti Kuala Gris.

Pelbagai aktiviti dijalankan dimulai dengan perarakan bendera mengelilingi Kampung Kuala Gris dan kemudiannya sesi tazkirah serta pengkisahan sejarah merdeka oleh En. Mohd Sabri, Pengerusi KRT. Acara sambutan turut dimeriahkan dengan pelbagai acara sukaneka. Pi1M Kuala Gris turut menyediakan permainan dam ular Dashboard gergasi  untuk komuniti sertai pada hari tersebut. Program yang bermula pada jam 8.00 pagi itu tamat pada jam 1.00 petang.