Taman Rekreasi Kompleks Gua Ikan, Dabong

Gua Ikan adalah nama bagi kompleks gua batu kapur yang terletak kira-kira 5 KM daripada Pekan Dabong dan kira-kira 9 KM daripada Kampung Kuala Gris. Terdapat beberapa buah gua di kompleks ini seperti Gua Gelap, Gua Keris, Gua Batu Susun, Gua Tembakau, Gua Puteri, Gua Setol dan lain-lain. Bagi peminat aktiviti lasak dan suka menerokai gua, Kompleks Gua Ikan ini adalah tempat yang sesuai untuk anda.

Gua Ikan boleh di akses melalui jalan darat dari Bandar Kuala Krai dan Dabong serta jaringan pengangkuta awam Keretapi Tanah Melayu Berhad.

Kawasan kompleks ini diselia dibawah pentadbiran Majlis Daerah Dabong.

Koordinat : 5.354351, 102.026523

Gua Ikan 1  Gua Ikan 3 Gua Ikan 4 Gua Ikan 5 

 

Air Terjun Gunung Stong Jelawang

Air Terjun Jelawang di Gunung Stong merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara dan terletak di Kampung Jelawang, Dabong, Kelantan. Lokasi ini merupakan lokasi yang terkenal dalam kalangan pendaki di dalam dan luar negara. Gunung Stong ini terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Negeri Kelantan terletak pada ketinggian 14,222 meter. 

Gunung Stong ini boleh dikunjungi melalui jalan darat iaitu 49 KM Jeli, 86 KM dari Kuala Krai dan 64 KM dari Gua Musang dan sistem pengangkutan awam iaitu keretapi di Pekan Dabong. 

Koordinat : 5.339521, 101.975010

Gunung Stong 1 Gunung Stong 2  Gunung Stong 4 Gunung Stong 5