Nama     : Siti Noraini Binti Mat rawi 

  Umur      : 12 Tahun

  Ahli         : 2017

 

Latar belakang

Adik Siti mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan membolehkan beliau menerima sesuatu pembelajaran dengan cepat. Malah beliau sering membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan dalam melayari internet.Beliau juga suka bertanya jika mempunyai sesuatu pertanyaan atau persoalan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Seperti murid-murid lain di kawasan ini, rata-rata keluarga datangnya dari keluarga yang sederhana.Program anjuran sekolah dengan kerjasama Pusat Internet merupakan titik mula kepada pengenalan ICT setelah menyertai Kursus Asas Komputer dan Internet di Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Siti merupakan seorang peserta latihan dan kelas ICT yang mempunyai minat yang tinggi dalam sesi pembelajaran. Beliau mudah menerima apa yang diajar kepadanya dan turut membantu rakan-rakanya yang lain. Beliau sering berkunjung ke PI untuk mencari bahan dan maklumat berkaitan kerja sekolahnya bersama rakan-rakannya.

  Nama     : Nor Ayu Fatihah Binti Kamaruzi

  Umur      : 30 Tahun

  Ahli         : 2021

 

Latar belakang

Puan Ayu Fatihah merupakan seorang wanita bekerjaya dan sangat meminati bidang perniagaan. Beliau menjalankan perniagaan sebagai salah satu usaha mendapatkan pendapatan tambahan di luar waktu beliau bekerja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempunyai asas dan kemahiran dalam penggunaan ICT. Namun keterbatasan dalam mendapatkan akses internet yang stabil menggerakkan hatinya untuk datang menggunakan internet di Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau banyak menggunakan medium pemarasan melalui media sosial seperti Facebook dan Whatsapp dalam menjalankan perniagaan beliau. Penggunaan media sosial yang meluas pada hari ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya terutamanya bagi usahawan seperti beliau kerana ianya mudah dan fleksibel.

  Nama     : Nur Fitri Hidayah Binti Mohd Ropi 

  Umur      : 15 Tahun

  Ahli         : 2016

 

Latar belakang

Adik Fitri merupakan seorang yang pemalu bila berada di khalayak ramai. Tetapi sifat ingin tahu beliau membolehkan beliau menerima sesuatu pembelajaran dengan cepat. Malah beliau sering membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan dalam melayari internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Seperti murid-murid lain di kawasan ini, rata-rata keluarga datangnya dari keluarga yang sederhana.Program anjuran sekolah dengan kerjasama Pusat Internet merupakan titik mula kepada pengenalan ICT setelah menyertai Kursus Asas Komputer dan Internet di Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Fitri merupakan seorang peserta latihan dan kelas ICT yang mempunyai minat yang tinggi dalam sesi pembelajaran. Beliau mudah menerima apa yang diajar kepadanya dan turut membantu rakan-rakanya yang lain. Beliau sering berkunjung ke PI untuk mencari bahan dan maklumat berkaitan kerja sekolahnya bersama rakan-rakannya.

 

  Nama     : Roslina Binti Mat 

  Umur      : 32 Tahun

  Ahli         : 2021

 

Latar belakang

Puan Roslina merupakan ahli baru PIK Kuala Gris. Sebelum menetap di Kuala Gris, beliau tinggal bersama keluarga beliau di Jeli. Beliau telah lama melibatkan diri dalam bidang perniagaan atas talian. Memandangkan beliau masih baru di kampung ini, beliau mengambil inisiatif untuk mengenali penduduk kampung (target market ) melalui face to face bagi mempromosikan produk beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Walaupun beliau mempunyai sedikit kemahiran asas dalam ICT namun keterbatasan jaringan komunikasi dan kemudahan internet sedikit sebanyak menjejaskan urusan harian beliau. Pada awal memulakan perniagaan, beliau sekadar mempromosikan produk beliau kepada penduduk kampung secara bersemuka dan meletakkan produk beliau di kedai-kedai berdekatan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan media sosial yang meluas pada hari ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya terutamanya bagi usahawan. Pemasaran melalui laman social peribadi atau laman khusus untuk perniagaan bukan sahaja memudahkan usahawan seperti beliau, malah tidak memerlukan kos yang besar.Beliau juga ddapat mengelakkan berniaga secara terbuka dimana amat merbahaya bagi semua di musim pandemic kini.

 

  Nama     : Siti Khadijah Binti Ibrahim 

  Umur      : 30 Tahun

  Ahli         : 2019

 

Latar belakang

Pn. Siti mempunyai minat yang tinggi dalam bidang keusahawanan.Menggunakan kemahiran kulinari yang dimiliki dan diwarisi oleh ibu beliau, beliau memulakan perniagaan kek dan kuih-muih dikawasan kampung dengan meletakkan jualan beliau di kedai-kedai berhampiran. Beliau juga mempromosikan perniagaan beliau melalui whatapps dan Facebook.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Walaupun beliau mempunyai sedikit kemahiran asas dalam ICT namun keterbatasan jaringan komunikasi dan kemudahan internet sedikit sebanyak menjejaskan urusan harian beliau. Pada awal memulakan perniagaan, beliau sekadar meletakkan kek dan kuih-muih beliau di kedai-kedai berhampiran.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan media sosial yang meluas pada hari ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya terutamanya bagi usahawan. Pemasaran melalui laman social peribadi atau laman khusus untuk perniagaan bukan sahaja memudahkan usahawan seperti beliau, malah tidak memerlukan kos yang besar.