BARANGAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN

  Nama     : Nur Fitri Suhaida Binti Sidi Ahmad

  Umur      : 29 Tahun

  Ahli         : 2019

 

Latar belakang

Puan Fitri Suhaida merupakan siswazah lepasan perakaunan yang mempunyai minat mendalam dalam bidang perniagaan. Beliau bukan sahaja mempunyai kerjaya sebagai kerani akaun, beliau juga memceburkan diri sebagai usahawan kecil-kecilan secara atas talian dan luar talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mahir dalam menggunakan peralatan ICT hasil dari pembelajaran di universiti. Namun, keterbatasan kemudahan dan kesibukkan beliau mengguruskan rumah tangga dan kerja seharian sedikit sebanyak memberi cabaran untuknya untuk menjalankan pernigaannya dengan lancar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selain memanfaatkan media sosial yang beliau ada, beliau hadir ke Pusat Internet untuk sama-sama menyertai latihan/Bengkel Asas Shoppe yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Disini, beliau diperkenalkan dengan platform pernigaan yang lebih meluas pasarannya.