photo6163632301938944445

Tip Cergas semasa Ramadan.

🏻 Sasarkan 10,000 langkah sehari
🏻 Elakkan duduk / baring melebihi 2 jam
🏻 Bersenam 30-45 minit sebelum waktu berbuka
🏻 Bersenam secara konsisten 30 minit setiap hari

Kekal kecergasan dalam senaman walaupun di bulan Ramadan.

#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#sihatmilikku
#walkthetalk

photo6064317818943416692

Ada tanda-tanda awal #COVID19 semakin pulih di Malaysia. Namun ia bergantung kepada rakyat Malaysia dalam tempoh dua minggu ini. Saya merayu kpd semua rakyat Malaysia teruskan patuhi arahan duduk di rumah dan amalkan langkah-langkah perncegahan dan kebersihan.

- Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Klinik Desa Kuala Gris

hfmd poster

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. 1) Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. 2) Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. 3) Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  4. 4) Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  5. 5) Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  6. 6) Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.