Kampung Kuala Gris merupakan salah satu kampung yang terletak di bawah pentadbiran kerajaan tempatan Majlis Daerah Dabong (MDD) dan Mukim Kuala Gris. Menurut Haji Ibrahim bin Mat Ali yang merupakan penduduk terawal di Kampung Kuala Gris, dahulunya Mukim Kuala Gris terletak di dalam daerah Stong (Sitong), Jajahan Kuala Krai. Terdapat lapan buah kampung di dalam Mukim Kuala Gris iaitu Kampung Kuala Gris, Kampung Bunga Raya, Lanchang, Kuala Teku, Jenal, Ulu temiang, Slow Pak Long, dan Bukit Abu.

Kedudukan Kampung Kuala Gris yang agak di pedalaman dari bandar utama iaitu Bandar Kuala Krai. Pekan yang paling hampir dengan Kampung Kuala Gris adalah Pekan Dabong. Dengan kemudahan jalan raya pada masa kini dan pembinaan jambatan Dabong pada tahun 2004, kini Kampung Kuala Gris juga dapat dihubungkan dengan jajahan Jeli.

Pada bulan mei 2016 KRT Kuala Gris Telah dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Polis Balai Polis Dabong. Dengan adanya rukun tetangga ini,diharapkan perpaduan yang telah sedia terjalin terus utuh disamping dapat bersama-sama memupuk semangat bekerjasama menjaga keselamatan kampung. KRT ini meliputi seluruh kawasan di dalam mukim Kuala Gris.

Berikut merupakan senarai jawatankuasa Induk KRT Kg Kuala Gris 2022-2024

Pengerusi: Ust. Marhadi Bin Mohamed

Timbalan Pengerusi: En. Ismail bin Mat Junoh

Setiausaha: En. Mazwan Izaidi Bin Mokhtar

Timbalan Setiausaha: Baderosahudin bin Majid

Bendahari: En. Zamran Bin Zakaria