Nama   : Nursuziana Binti Mat Yusoff

  Umur    : 15 Tahun

  Ahli       : 2017

 

Latar belakang

Adik Nursuziana merupakan pelajar yang aktif di sekolah. Beliau sering melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum dan beliau merupakan ketua kelas di sekolah. Sifat ingin tahu dan suka bertanya beliau membolehkan beliau menerima sesuatu pembelajaran dengan cepat.

                                                          

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Seperti murid-murid lain di kawasan ini, rata-rata keluarga datangnya dari keluarga yang sederhana.Program anjuran sekolah dengan kerjasama Pusat Internet merupakan titik mula kepada pengenalan ICT setelah menyertai Kursus Asas Komputer dan Internet di Pusat Internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Nursuziana merupakan seorang peserta latihan dan kelas ICT yang mempunyai minat yang tinggi dalam sesi pembelajaran. Beliau mudah menerima apa yang diajar kepadanya dan turut membantu rakan-rakanya yang lain. Beliau sering berkunjung ke PI untuk mencari bahan dan maklumat berkaitan kerja sekolahnya bersama rakan-rakannya.

mekna 1  mekna 2

PERNIAGAAN KEK, KUIH DAN BARANGAN BASAH

  Nama     : Siti Noraida Binti Che Amid

  Umur      : 22 Tahun

  Ahli         : 2015

 

Latar belakang

Lahir dalam keluarga yang memang aktif berniaga menjadikan Puan Noraida mempunyai minat mendalam dalam bidang perniagaan. Pada awalnya beliau menjual barangan kosmetik dengan menjadi droshipper kepada produk-produk yang telah lama wujud dipasaran. Setelah mendirikan rumahtangga dan menghadirkan diri ke kelas membuat roti,  beliau mula membuat kek dan kuih-muih. Beliau memasarkan produk bel,iau di kedai-kedai yang menjadi tumpuan ramai dan mempromosikannya di media sosial seperti facebook dan whatsapp.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum teknologi berkembang, Puan Noraida tidak mahir dalam mempromosikan produk beliau di media sosial. Namun setelah capaian rangkaian semakin baik di kawasan tempat tinggal beliau dan terdapat kemudahan pusat internet, beliau dapat menggunkan kemudahan tersebut bagi tujuan perniagaan dan juga keperluan lain.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada pendapat beliau, kepesatan perkembangan dunia digital hari ini banyak memberi kemudahan terutamanya kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan sepertinya.Malah beliau lebih yakin untuk memulakan perniagaan atas talian selepas melihat ramai yang Berjaya serta dengan bantuan dari petugas Pusat Internet yang sentiasa membantu beliau dalam menjalankan perniagaan atas talian.

IDA 3     IDA 2

Nama   : Nik Muhammad Adam Mukrif

               Bin Abdul Talib

Umur    : 10 Tahun

Ahli       : 2015

Latar belakang

Seperti kanak-kanak lain di sekitar Kuala Gris, adik Nik Muhammad Adam Mukris tidak mempunyai kelangkapan atau kemudahan ICT yang boleh disediakan oleh keluarganya sebelum adanya Pusat Internet.Beliau bersekolah di SK Kuala Geris dan mula mendapat pendedahan ICT setelah mendaftar sebagai ahli dan Julai 2015.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kekurangan sebelum ini bukan penghalang untuk keluaga adik Nik Muhammad Adam untuk mendaftarkan anak mereka di Pusat Internet. Walaupun masih terlalu muda, kemudahan dan perkhidmatan yang disedikan di Pusat Internet di manfaatkan sepenuhnya oleh adik Nik Muhammad Adam dan keluarganya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Adik Nik Muhammad Adam mudah untuk menerima dan memahami apa yang diajar kepadanya dalam latihan ICT yang diadakan di Pusat Internet. Beliau juga sering berkunjung ke PI bagi mengisi masa yang terluang selepas sesi persekolahan.

WhatsApp Image 2019 07 03 at 9.22.17 PM  WhatsApp Image 2019 05 29 at 10.20.59 AM

PERKHIDAMATAN SEWA KENDERAAN

 Nama     : Marhadi Bin Mohamed

  Umur     : 47 Tahun

  Ahli        : 2015

 

Latar belakang

En. Marhadi mempunyai minat yang tinggi dalam bidang keusahawanan. Walaupun menceburkan diri secara sambilan sahaja ketika ini, minat beliau untuk berniaga tidak pernah luntur seawal zaman remaja beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Walaupun beliau mempunyai sedikit kemahiran asas dalam ICT namun keterbatasan jaringan komunikasi dan kemudahan internet sedikit sebanyak menjejaskan urusan harian beliau. Pada awal memulakan perkhidmatan sewaan kenderaan, perniagaan beliau hanya dikenali oleh orang-orang terdekat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan media sosial yang meluas pada hari ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya terutamanya bagi usahawan. Pemasaran melalui laman social peribadi atau laman khusus untuk perniagaan bukan sahaja memudahkan usahawan seperti beliau, malah tidak memerlukan kos yang besar.

ustaz 1   ustaz 2

PEKHIDMATAN SISTEM BUNYI DAN JURUACARA MAJLIS

  Nama   : Mohd Iskandar Bin Abdullah

  Umur    : 24 Tahun

  Ahli       : 2019

 

Latar belakang

Saudara Iskandar atau dikenali sebagai DJLong di dalam media social milik beliau memulakan perniagaan perkhidmatan sistem bunyi dan pengacara majlis perkahwinan pada awal tahun 2018.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebagaimana pengguna media sosial yang lain, saudara Iskandar membuka akaun media sosial beliau hanya untuk mencari kenalan semasa persekolahan dan kenalan-kenalan baharu.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kepesatan perkembangan teknologi hari ini dan media sosial hari ini bukan sahaja digunakan untuk mencari kenalan tetapi juga boleh menjalankan aktiviti perniagaan secara dalam talian. Oleh hal yang demikian, beliau mengambil peluang ini untuk menjana pendapatan dengan menggunakan media social seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp.

 

DjLong 1  DjLong 3