Nama   : Muhamad Shamsul Aizad Bin Shamsudin

Umur    : 12 Tahun

Ahli       : 2016

 

Latar belakang

Adik Muhamad Shamsul Aizad sekarang ini merupakan seorang murid Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Kuala Geris. Adik Shamsul Aizad mula mendaftar menjadi ahli Pusat Intenert pada bulan Februari 2016 setelah tertarik dengan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet.

                                                          

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sama seperti anak-anak pelajar yang lain di kawasan ini, rata-rata keluarga datangnya dari keluarga yang sederhana dan tidak mampu untuk memiliki kelengkapan ICT yang lengkap. Oleh hal yang demikian, dengan adanya Pusat Internet adik Shamsul Aizad bukan sahaja boleh meluangkan masa lapangnya dengan melayari laman internet malah beliau turut mengikuti sesi latihan yang disediakan oleh petugas Pusat Internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Shamsul Aizad mudah untuk menerima apa yang diajar kepadanya dan turut membantu rakan-rakanya yang lain dalam sesi latihan ICT yang dijalankan di Pusat Internet. Beliau juga sering berkunjung ke PI untuk mencari bahan dan maklumat berkaitan kerja sekolahnya bersama rakan-rakannya.

WhatsApp Image 2019 05 09 at 08.54.18  WhatsApp Image 2019 05 27 at 16.39.24