USAHAWAN TUDUNG BAWAL

  Nama   : Norazmira Binti Azmi

  Umur    : 28 Tahun

  Ahli       : 2018

 

 

 

 

Latar belakang

Puan Norazmira merupakan anak sulong dalam keluarga, Beliau memulakan perniagaan secara online bagi membantu kewangan keluarga. Pada awalnya, beliau sekadar berniaga secara offline kepada rakan-rakan dan ahli keluarga, Setelah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan sambilan serta galakan daripada keluarga, beliau memulakan perniagaan atas talian melalui aplikasi whatsapp dan terus merancang untuk lebih aktif mempromosikan produk beliau melalui media sosial yang lain juga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum teknologi berkembang, Puan Azmira berniaga dari rumah ke rumah bagi mempromosikan produk beliau. Namun setelah capaian rangkaian semakin baik di kawasan tempat tinggal beliau dan terdapat kemudahan pusat internet, beliau dapat menggunakan kemudahan tersebut bagi tujuan perniagaan dan juga keperluan lain.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada pendapat beliau, kepesatan perkembangan dunia digital hari ini banyak memberi kemudahan terutamanya kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan sepertinya.Malah beliau lebih yakin untuk memulakan perniagaan atas talian selepas melihat ramai yang Berjaya serta dengan bantuan dari petugas Pusat Internet yang sentiasa membantu beliau dalam menjalankan perniagaan atas talian.

 

          nono 12   WhatsApp Image 2019 09 05 at 16.28.58 1