BARANGAN KRAFTANGAN

  Nama     : Nik Noorhasmira Binti Yahya

  Umur      : 36 Tahun

  Ahli         : 2015

 

Latar belakang

Puan Hasmira menjalankan perniagaan secara sambilan dan kecilan-kecilan. Pada awalnya beliau hanya menjual kepada kenalan rapat dan jiran-jiranya sahaja. Produk kraftangan adanya yang diambil daripada pembekal dan ada juga yang dibuat sendiri oleh beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah itu, beliau mula menggunakan ICT dalam perniagaan sambilannya itu. Beliau menggunakan aplikasi whatsapp sebagai medium perhubungan dan jualan produk-produk kraftangan yang dijual olehnya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selain memanfaatkan media sosial yang beliau ada, beliau turut hadir ke Pusat Internet untuk sama-sama menyertai latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet bagi mengasah lagi kemahiran penggunaan ICT beliau.

 

BARANGAN KESIHATAN DAN PENJAGAAN PERIBADI

  Nama     : Siti Noor Hayati Binti Ramli

  Umur      : 38 Tahun

  Ahli         : 2020

 

Latar belakang
Puan Noor Hayati merupakan seorang suri rumah tangga yang sangat berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Dengan niat untuk membantu suami dan keluarga, beliau mula menceburkan diri berniaga dengan menggunakan platform media social yang ada.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mempunyai kemahiran asas dalam menggunakan peralatan ICT sewaktu di bangku persekolahan. Namun, keterbatasan kemudahan dan kesibukkan beliau mengguruskan rumah tangga sedikit sebanyak memberi cabaran untuknya untuk menjalankan pernigaannya dengan lancar.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selain memanfaatkan media social yang beliau ada, beliau hadir ke Pusat Internet untuk sama-sama menyertai latihan/Bengkel Asas Shoppe yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Disini, beliau diperkenalkan dengan platform pernigaan yang lebih meluas pasarannya.

 

  Nama     : Mohd Firdaus Bin Awang  

  Umur      : 23 Tahun

  Ahli         : 2016

 

Latar belakang

Mohd Firdaus merupakan seorang OKU yang menhadapi masalah pembelajaran (Slow Learner). Keluarga beliau juga datan dari kategori kurang berkemampuan untuk memilki peralatan ICT dan sebagainya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Seperti anak-anak remajadan belia lain di kawasanini,beliau juga tertarik dengan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet.Beliau mendaftarkan diri menjadi ahli Pusat Internet Kuala Gris pada bulan Oktober 2016

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Walaupun masih kurang mahir menggunakan komputer, namun keberanian Mohd Firdaus untuk mencuba sesuatu yang baharu baginya harus dipuji. Kini setelah mendapat bimbingan daripada petugas di Pusat Internet, beliau mula meneroka penggunaan ICT menerusi internet dengan menonton Youtube dan sebagainya di Pusat Internet.

WhatsApp Image 2020 02 27 at 16.47.20 1  WhatsApp Image 2020 02 27 at 16.47.20 2  WhatsApp Image 2020 02 27 at 16.47.20

BARANGAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN

  Nama     : Nur Fitri Suhaida Binti Sidi Ahmad

  Umur      : 29 Tahun

  Ahli         : 2019

 

Latar belakang

Puan Fitri Suhaida merupakan siswazah lepasan perakaunan yang mempunyai minat mendalam dalam bidang perniagaan. Beliau bukan sahaja mempunyai kerjaya sebagai kerani akaun, beliau juga memceburkan diri sebagai usahawan kecil-kecilan secara atas talian dan luar talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mahir dalam menggunakan peralatan ICT hasil dari pembelajaran di universiti. Namun, keterbatasan kemudahan dan kesibukkan beliau mengguruskan rumah tangga dan kerja seharian sedikit sebanyak memberi cabaran untuknya untuk menjalankan pernigaannya dengan lancar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selain memanfaatkan media sosial yang beliau ada, beliau hadir ke Pusat Internet untuk sama-sama menyertai latihan/Bengkel Asas Shoppe yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Disini, beliau diperkenalkan dengan platform pernigaan yang lebih meluas pasarannya.

 

  Nama     : NUrabdah aylia Binti Din  

  Umur      : 15 Tahun

  Ahli         : 2016

 

Latar belakang

 Adik Abdah merupakan seorang yang pemalu bila berada di khalayak ramai. Tetapi sifat ingin tahu beliau membolehkan beliau menerima sesuatu pembelajaran dengan cepat. Malah beliau sering membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan dalam melayari internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Seperti murid-murid lain di kawasan ini, rata-rata keluarga datangnya dari keluarga yang sederhana.Program anjuran sekolah dengan kerjasama Pusat Internet merupakan titik mula kepada pengenalan ICT setelah menyertai Kursus Asas Komputer dan Internet di Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Abdah merupakan seorang peserta latihan dan kelas ICT yang mempunyai minat yang tinggi dalam sesi pembelajaran. Beliau mudah menerima apa yang diajar kepadanya dan turut membantu rakan-rakanya yang lain. Beliau sering berkunjung ke PI untuk mencari bahan dan maklumat berkaitan kerja sekolahnya bersama rakan-rakannya.

abdah 1   abdah 2   abdah 3