BARANGAN KECANTIKAN & KESIHATAN WANITA & LELAKI SERTA MAKANAN SEGERA

  Nama     : Hazwani Binti Abdullah

  Umur      : 31 Tahun

  Ahli         : 2019

 

Latar belakang

Puan Hazwani merupakan wanita cekal yang pandai dalam bersosial. Beliau seorang yang suka berkawan dan aktif. Beliau juga seorang yang tidak lokek membantu kawan-kawan serta tidak malu untuk bertanya jika mempunyai masalah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Walaupun beliau mempunyai sedikit kemahiran asas dalam ICT namun keterbatasan jaringan komunikasi dan kemudahan internet sedikit sebanyak menjejaskan urusan harian beliau. Pada awal perniagaan, beliau sekadar menjual kepada ahli keluarga dan jiran tetangga sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan media sosial yang meluas pada hari ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya terutamanya bagi usahawan. Pemasaran melalui laman social peribadi atau laman khusus untuk perniagaan bukan sahaja memudahkan usahawan seperti beliau, malah tidak memerlukan kos yang besar serta dapat mempromosikan pelbaai produk yang diniagakan.