MAKANAN KERING - BISKUT DAN KEREPEK

  Nama     : Pn. Jumayah Bt. Ishauddin

  Umur      : 35 Tahun

  Ahli         : 2020

 

Latar belakang

Puan Jumayah memounyai minat yang mendalam dalam bidang kulinari. Beliau telah banyak mengikuti kelas-kelas masakan yang dianjurkan olehpihak-pihak tertentu. Beliau juga mahir dalam membuat makanan segera. Dengan kemahiran yang dimiliki,  beliau mula membuat perniagaan kecil-kecilan dikampung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Walaupun beliau mempunyai sedikit kemahiran asas dalam ICT namun keterbatasan jaringan komunikasi dan kemudahan internet sedikit sebanyak menjejaskan urusan harian beliau. Pada awal memulakan perniagaan, beliau sekadar mempromosikan produk beliau kepada penduduk kampung dan meletakkan produk beliau di kedai-kedai berdekatan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan media sosial yang meluas pada hari ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya terutamanya bagi usahawan. Pemasaran melalui laman social peribadi atau laman khusus untuk perniagaan bukan sahaja memudahkan usahawan seperti beliau, malah tidak memerlukan kos yang besar.

WhatsApp Image 2020 05 11 at 9.59.43 AM 1 WhatsApp Image 2020 05 11 at 9.59.43 AM WhatsApp Image 2020 05 13 at 10.29.04 AM WhatsApp Image 2020 05 13 at 10.29.04 AM 1