DAGING SEGAR, ULAM KAMPUNG, JERUK, DAN BURGER

  Nama     : Mohd Edani Bin Che Ali

  Umur      : 28 Tahun

  Ahli         : 2015

 

Latar belakang

 En. Edani merupakan lepasan politeknik yang struggle mencari pekerjaan selepas tamat belajar. Beliau menggunakan minat beliau dalam meneroka hutan dan mengembala lembu dalam mencari rezeki bagi membantu keluarga beliau.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Walaupun beliau mempunyai kemahiran asas dalam ICT namun keterbatasan jaringan komunikasi dan kemudahan internet sedikit sebanyak menjejaskan urusan harian beliau. Pada awalnya beliau sekadar menjual kepada orang kampung. Setelah mendapat maklumat tentang cara-cara bagi menjual barangan yang diniagakan kepada pelanggan yang jauh, beliau mula mempromosikan produk beliau di media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan media sosial yang meluas pada hari ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya terutamanya bagi usahawan. Pemasaran melalui laman social peribadi atau laman khusus untuk perniagaan bukan sahaja memudahkan usahawan seperti beliau, malah tidak memerlukan kos yang besar.