Nama  : Muhammad Azarudin Bin Mohd Nor

Umur   : 16 Tahun

Ahli      : 2015

 

Latar belakang

Adik Azarudin antara yang terawal menjadi ahli Pusat Internet Kuala Gris pada pembukaanya pada tahun 2015. Bermula dari sekolah rendah sehingga sekarang. Adik Azarudin merupakan anak tempatan yang mana ibu bapanya bekerja kampung. Agak terhad kemudahan yang dapat diberikan kepadanya untuk beliau mencari ilmu khususnya dalam bidang ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kekangan berada di kawasan luar bandar adalah kemudahan untuk mendapatkan perkhidmatan dan internet. Di sekolah juga, kemudahan yang ada terhad dan perlu berkongsi dengan ramai murid yang lain. Jika di bandar, harga dan jarak menjadi kekangan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Azarudin menunjukkan minat yang cukup tinggi terutamanya dalam menyertai kelas dan latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Kemudahan yang ada ini digunakan sebaik mungkin dalam membantu pembelajaran disamping menggunakan komputer dan internet di Pusat Internet pada masa lapang.

azaruddin

Nama   : Maizi Bin Jusoh

Umur    : 43 Tahun

Ahli       : 2015

 

Latar belakang

En. Maizi atau lebih dikenali sebagai Iji merupakan anak jati Kampung Kuala Gris. Beliau mula berkecimpung dalam bidang pendawaian elektrik semasa mengikuti bapa saudaranya menjalankan kerja-kerja pendawaian. Sejurus selepas itu, beliau mengusahakan sendiri perkhdimatan tersebut. Beliau turut mengembangkan perkhidmatannya dalam menyediakan perkhidmatan PA Sistem dan Deeyja dalam kawasan Kuala Gris dan sekitarnya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum adanya ICT, prmosinya adalah secara mulut ke mulut orang yang pernah menggunakan perkhidmatannya. Cara ini agak terhad dan tidak meluas. Hanya di kampong ini dan kawasan sekitarnya sahaja yang tahu akan perniagaanya ini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada pendapat beliau, ICT memberikan peluang yang meluas kepada sesiapa sahaja yang rajin dan ingin mengambil peluang dan kesempatan yang ada di media social khususnya. Promosi di Facebook dan Whatsapp sangat-sangat membantu dan ianya percuma untuk digunakan.

 

abe iji


Nama   : Nur Syafira Nadia Binti Mohd Rusli

Umur    :17 Tahun

Ahli       : 2018

 

Latar belakang

Cik Nur Syafira Nadia merupakan pelajar tingkatan 5 di Kolej Vokasional Pasir Mas. Setelah melihat ramai rakan beliau yang menjalankan perniagaan, beliau mula mencari sumber yang boleh digunakan untuk memulakan perniagaan seperti rakan-rakan beliau. Disini terlahirlah idea untuk menjual coklat disekolah dan kampung beliau setelah melihat dan merasakan sendiri coklat yang sedang meningakat naik iaitu Chocodap’s.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sekadar menjual kepada kawan-kawan dan keluarga terdekat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada pendapat beliau, kepesatan perkembangan dunia digital hari ini banyak memberi kemudahan terutamanya kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan sepertinya.Malah beliau lebih yakin untuk memulakan perniagaan atas talian selepas melihat ramai yang Berjaya. Beliau mula memasarkan coklat yang dijual menggunakan aplikasi WhatsApp melalui bantuan petugas PI dan rakan-rakan beliau.

a 3

 

Nama   : Sarinna Binti Sahhaimim

Umur    : 39 Tahun

Ahli       : 2018

 

Latar belakang

Puan Sarinna merupakan anak jati kampung Baru Slow Pak Long dan merupakan anak kepada usahawan runcit kampung tersebut iaitu CikSom. Malangnya, akibat daripada masalah kesihatan, CikSom tidak dapat meneruskan perusahawan beliau. Hal ini menyebabkan Puan Sarinna menggambil inisiatif untuk melakukan perniagaan kecil-kecilan bagi meneruskan legasi ibunya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum teknologi berkembang di kawasan pedalaman, kampung Baru Slow Pak Long tidak mempunyai capaian internet. Hal ini menyebabkan Puan Sarinna tidak mendapat pengetahuan yang meluas tentang perniagaan atas talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada pendapat beliau, kepesatan perkembangan dunia digital hari ini banyak memberi kemudahan terutamanya kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan sepertinya.Malah beliau lebih yakin untuk memulakan perniagaan atas talian selepas melihat ramai yang Berjaya serta dengan bantuan dari petugas Pusat Internet yang sentiasa membantu beliau dalam menjalankan perniagaan atas talian.

 

Screenshot 20180906 091424

Nama  : Aiman Hakim Bin Roslam

Umur   : 12 Tahun

Ahli     : 2015

 

Latar belakang

Adik Aiman Hakim merupakan antara yang terawal mendaftar sebagai ahli Pusat Internet dari awal ia beroperasi pada tahun 2015. Dorongan dan galakan daripada keluarga untuk mendaftar dan belajar penggunaan ICT membuatkan adik Aiman bersemangat untuk mengikuti latihan yang di adakan di Pusat Internet.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Seperti kanak-kanak lain di peringkat awal, kemampuan keluarga yang terbatas menyebabkan akses kepada ICT amat terhad dan hanya di sekolah sahaja Adik Aiman dapat mengenali dunia ICT.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Aiman menunjukkan minat yang tinggi untuk mempelajari perkara yang berkaitan ICT. Beliau juga merupakan seorang pelajar yang mudah untuk menerima apa yang diajarkan terutamanya berkaitan dengan pembelajaran ICT dan sering menjadi rujukan rakan-rakannya yang lain.

aiman