Nama   :Nor Atikah Binti Osman

Umur    :29 Tahun

Ahli       :2015

 

Latar belakang

Puan Atikah mula menggunakan laman Facebook peribadinya untuk mempromosikan barang jualannya pada awal Disember 2017. Walaupun sekadar menjadi dropship, beliau aktif menjalankan promosi.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sekadar menggunakan media sosial sebagai tempat untuk mencari sahabat dan tidak berani untuk melibatkan diri dalam perniagaan atas talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada pendapat beliau, kepesatan perkembangan dunia digital hari ini banyak memberi kemudahan terutamanya kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan sepertinya.Malah beliau lebih yakin untuk memulakan perniagaan atas talian selepas melihat ramai yang berjaya.

12