Nama  : Muhammad Azarudin Bin Mohd Nor

Umur   : 16 Tahun

Ahli      : 2015

 

Latar belakang

Adik Azarudin antara yang terawal menjadi ahli Pusat Internet Kuala Gris pada pembukaanya pada tahun 2015. Bermula dari sekolah rendah sehingga sekarang. Adik Azarudin merupakan anak tempatan yang mana ibu bapanya bekerja kampung. Agak terhad kemudahan yang dapat diberikan kepadanya untuk beliau mencari ilmu khususnya dalam bidang ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kekangan berada di kawasan luar bandar adalah kemudahan untuk mendapatkan perkhidmatan dan internet. Di sekolah juga, kemudahan yang ada terhad dan perlu berkongsi dengan ramai murid yang lain. Jika di bandar, harga dan jarak menjadi kekangan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Azarudin menunjukkan minat yang cukup tinggi terutamanya dalam menyertai kelas dan latihan yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Kemudahan yang ada ini digunakan sebaik mungkin dalam membantu pembelajaran disamping menggunakan komputer dan internet di Pusat Internet pada masa lapang.

azaruddin