USAHAWAN TUDUNG BAWAL

  Nama   : Norazmira Binti Azmi

  Umur    : 28 Tahun

  Ahli       : 2018

 

 

 

 

Latar belakang

Puan Norazmira merupakan anak sulong dalam keluarga, Beliau memulakan perniagaan secara online bagi membantu kewangan keluarga. Pada awalnya, beliau sekadar berniaga secara offline kepada rakan-rakan dan ahli keluarga, Setelah lama berkecimpung dalam dunia perniagaan sambilan serta galakan daripada keluarga, beliau memulakan perniagaan atas talian melalui aplikasi whatsapp dan terus merancang untuk lebih aktif mempromosikan produk beliau melalui media sosial yang lain juga.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum teknologi berkembang, Puan Azmira berniaga dari rumah ke rumah bagi mempromosikan produk beliau. Namun setelah capaian rangkaian semakin baik di kawasan tempat tinggal beliau dan terdapat kemudahan pusat internet, beliau dapat menggunakan kemudahan tersebut bagi tujuan perniagaan dan juga keperluan lain.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada pendapat beliau, kepesatan perkembangan dunia digital hari ini banyak memberi kemudahan terutamanya kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan sepertinya.Malah beliau lebih yakin untuk memulakan perniagaan atas talian selepas melihat ramai yang Berjaya serta dengan bantuan dari petugas Pusat Internet yang sentiasa membantu beliau dalam menjalankan perniagaan atas talian.

 

          nono 12   WhatsApp Image 2019 09 05 at 16.28.58 1

Nama   : Roslina Binti Deraman

Umur    : 34 Tahun

Ahli       : 2019

 

Latar belakang

Puan Roslina atau lebih mesra dipanggil SueNa baru sahaja pulang ke kampung bagi menetap disini setelah sekian lama berhijrah di negeri orang, Bagi mengisi masa lapang yang ada dan membantu suami mencari pendapatan tambahan, SueNa menjalankan pelbagai perniagaan atas talian dengan menjadi dropship kepada produk-produk tersebut.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau sekadar menggunakan media sosial sebagai tempat untuk mencari sahabat dan tidak berani untuk melibatkan diri dalam perniagaan atas talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada pendapat beliau, kepesatan perkembangan dunia digital hari ini banyak memberi kemudahan terutamanya kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan sepertinya.Malah beliau lebih yakin untuk memulakan perniagaan atas talian selepas melihat ramai yang berjaya.

fb ads  fb ads 6

 

 

Nama   : Siti Maryam Binti Khalid

Umur    : 13 Tahun

Ahli       : 2018

 

Latar belakang

Adik Siti Maryam merupakan pelajar yang aktif terlibat dengan kegiatan ko-kurikulum sekolah. Beliau sering terlibat dan menyertai program yang dianjurkan oleh sekolah sama ada di dalam mahupun diluar sekolah sewaktu adik Maryam menuntut di SK Kuala Gris.

                                                          

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Seperti murid-murid lain di kawasan ini, rata-rata keluarga datangnya dari keluarga yang sederhana.Program anjuran sekolah dengan kerjasama Pusat Internet merupakan titik mula kepada pengenalan ICT setelah menyertai Kursus Asas Komputer dan Internet di Pusat Internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Adik Siti Maryam merupakan seorang peserta latihan dan kelas ICT yang mempunyai minat yang tinggi dalam sesi pembelajaran. Beliau mudah menerima apa yang diajar kepadanya dan turut membantu rakan-rakanya yang lain. Beliau sering berkunjung ke PI untuk mencari bahan dan maklumat berkaitan kerja sekolahnya bersama rakan-rakannya.

IMG 20190125 153423    IMG 20190125 155037

 

 

Nama   : Muhamad Shamsul Aizad Bin Shamsudin

Umur    : 12 Tahun

Ahli       : 2016

 

Latar belakang

Adik Muhamad Shamsul Aizad sekarang ini merupakan seorang murid Tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Kuala Geris. Adik Shamsul Aizad mula mendaftar menjadi ahli Pusat Intenert pada bulan Februari 2016 setelah tertarik dengan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet.

                                                          

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sama seperti anak-anak pelajar yang lain di kawasan ini, rata-rata keluarga datangnya dari keluarga yang sederhana dan tidak mampu untuk memiliki kelengkapan ICT yang lengkap. Oleh hal yang demikian, dengan adanya Pusat Internet adik Shamsul Aizad bukan sahaja boleh meluangkan masa lapangnya dengan melayari laman internet malah beliau turut mengikuti sesi latihan yang disediakan oleh petugas Pusat Internet.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Shamsul Aizad mudah untuk menerima apa yang diajar kepadanya dan turut membantu rakan-rakanya yang lain dalam sesi latihan ICT yang dijalankan di Pusat Internet. Beliau juga sering berkunjung ke PI untuk mencari bahan dan maklumat berkaitan kerja sekolahnya bersama rakan-rakannya.

WhatsApp Image 2019 05 09 at 08.54.18  WhatsApp Image 2019 05 27 at 16.39.24  

Nama   : Juliana binti Che Ismail

Umur    : 24 Tahun

Ahli       : 2018

 

Latar belakang

Cik Juliana Binti Che Ismail merupakan graduan university yang sedang mencari pekerjaan. Beliau telah memulakan perniagaan atas talian semasa masih menuntut di universiti lagi. Sementara menunggu panggilan kerja, beliau boleh memberi fokus kepada perniagaan atas talian.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Semasa memulakan perniagaan sebagai agen Dianz, beliau telah mahir menggunakan ICT. Tetapi apabila pulang ke kampung, beliau tidak dapat memuatnaik promosi bagi produk jualan beliau akibat daripada masalah internet. Disinilah fungsi pusat internet dapat dilihat bilamana beliau kerap mengunjungi pusat internet bagi memasarkan produk beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada pendapat beliau, kepesatan perkembangan dunia digital hari ini banyak memberi kemudahan terutamanya kepada mereka yang ingin memasarkan perniagaan atas talian seperti beliau.

jue 6      jue 8