Nama   : Muhamad Airul Ilham Bin Mohd Rosli

Umur    : 11 Tahun

Ahli       : 2015

 

Latar belakang

 Adik Muhamad Airul Ilham merupakan antara yang terawal menjadi ahli Pusat Internet Kuala Gris pada pembukaanya pada Januari 2015. Bermula pada awal usia 7 tahun pada ketika ketika itu, adik Airul menunjukan minat yang tinggi terhadap komputer dan internet.

                                                          

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kekangan geografi yang jauh dengan bandar dan faktor ekonomi keluarga adik Muhamad Airul yang tidak mampu untuk menyediakan kemudahan komputer dan internet di rumah membuatkan ibu bapa adik Airul mendaftarkan beliau sebagai ahli di Pusat Internet bagi memastikan anak mereka tidak ketinggalan dalam penggunaan teknologi maklumat ini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Airul merupakan seorang peserta latihan dan kelas ICT yang mempunyai minat yang tinggi dalam sesi pembelajaran. Beliau mudah menerima apa yang diajar kepadanya dan turut membantu rakan-rakanya yang lain.

 

WhatsApp Image 2018 11 23 at 10.54.26  WhatsApp Image 2018 11 23 at 10.54.24