Nama   :Zaliha Binti Abdul Rahman

Umur    : 24 Tahun

Ahli       : 2015

 

Latar belakang

Cik Zaliha Binti Abdul Rahman merupakan Guru KAFA di Sekolah kebangsaan Kuala Gris dan sekarang sedang menyambung pengajian diploma di UOM Kelantan. Bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat beliau menggunakan kemahiran yang dipelajari dari ibunya bagi membuat karipap mini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 Cik Zaliha Binti Abdul Rahman merupakan pengunjung tetap pusat internet dalam melakukan kerja-kerja seharian sebagai Guru KAFA dan penuntut universiti. Beliau menggunakan kelebihan ini bagi mempromosikan produk beliau kepada kawan-kawan dan penduduk kampung yang lain.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada pendapat beliau, kepesatan perkembangan dunia digital hari ini banyak memberi kemudahan terutamanya kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan sepertinya.Beliau menggunakan kemudahan wifi yang disediakan dengan sebaik mungkin bagi mempromosikan produk beliau.

za 1   za 2