Nama   :Zaliha Binti Abdul Rahman

Umur    : 24 Tahun

Ahli       : 2015

 

Latar belakang

Cik Zaliha Binti Abdul Rahman merupakan Guru KAFA di Sekolah kebangsaan Kuala Gris dan sekarang sedang menyambung pengajian diploma di UOM Kelantan. Bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat beliau menggunakan kemahiran yang dipelajari dari ibunya bagi membuat karipap mini.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

 Cik Zaliha Binti Abdul Rahman merupakan pengunjung tetap pusat internet dalam melakukan kerja-kerja seharian sebagai Guru KAFA dan penuntut universiti. Beliau menggunakan kelebihan ini bagi mempromosikan produk beliau kepada kawan-kawan dan penduduk kampung yang lain.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pada pendapat beliau, kepesatan perkembangan dunia digital hari ini banyak memberi kemudahan terutamanya kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan sepertinya.Beliau menggunakan kemudahan wifi yang disediakan dengan sebaik mungkin bagi mempromosikan produk beliau.

za 1   za 2

 

 

Nama   : Siti Nur Idayu Binti Jusoh

Umur    : 21 Tahun

Ahli       : 2015

 

Latar belakang

Cik Idayu merupakan pengguna tetap jamu CLV setelah diperkenalkan oleh kakak beliau yang juga merupakan ajen sah jamu CLV. Setelah mencuba produk tersebut dan terbukti ianya berkesan, beliau mengambil keputusan untuk menjadi ajen atau pengedar jamu CLV mengikut jejak kakak beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sekadar menggunakan media sosial sebagai tempat untuk mencari sahabat dan tidak berani untuk melibatkan diri dalam perniagaan atas talian.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada pendapat beliau, kepesatan perkembangan dunia digital hari ini banyak memberi kemudahan terutamanya kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan sepertinya.Malah beliau lebih yakin untuk memulakan perniagaan atas talian selepas melihat ramai yang Berjaya termasuklah kakak beliau.

 

ayu  ayu 2

Nama   : Nor Aini Binti Yazid

Umur    : 20 Tahun

Ahli       : 2018

 

Latar belakang

 Puan Nor Aini Binti Yazid baru sahaja berkecimpung dalam dunia perniagaan online. Beliau memulakan perniagaan aksesori buatan sendiri bagi mengisi masa terluang. Bakat yang ada digunakan sepenuhnya dengan mencipta gelang tangan nama, keychain dan brooch.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Beliau sekadar menjual kepada kawan-kawan dan keluarga terdekat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada pendapat beliau, kepesatan perkembangan dunia digital hari ini banyak memberi kemudahan terutamanya kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan sepertinya.Malah beliau lebih yakin untuk memulakan perniagaan atas talian selepas melihat ramai yang Berjaya. Beliau mula memasarkan aksesori buatan beliau di facebook dan whatsapp.

aini 2  aini 1

 

 

Nama   : Muhamad Airul Ilham Bin Mohd Rosli

Umur    : 11 Tahun

Ahli       : 2015

 

Latar belakang

 Adik Muhamad Airul Ilham merupakan antara yang terawal menjadi ahli Pusat Internet Kuala Gris pada pembukaanya pada Januari 2015. Bermula pada awal usia 7 tahun pada ketika ketika itu, adik Airul menunjukan minat yang tinggi terhadap komputer dan internet.

                                                          

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kekangan geografi yang jauh dengan bandar dan faktor ekonomi keluarga adik Muhamad Airul yang tidak mampu untuk menyediakan kemudahan komputer dan internet di rumah membuatkan ibu bapa adik Airul mendaftarkan beliau sebagai ahli di Pusat Internet bagi memastikan anak mereka tidak ketinggalan dalam penggunaan teknologi maklumat ini.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Airul merupakan seorang peserta latihan dan kelas ICT yang mempunyai minat yang tinggi dalam sesi pembelajaran. Beliau mudah menerima apa yang diajar kepadanya dan turut membantu rakan-rakanya yang lain.

 

WhatsApp Image 2018 11 23 at 10.54.26  WhatsApp Image 2018 11 23 at 10.54.24

 

Nama   : Sharifah Binti Osman

Umur    : 32 Tahun

Ahli       : 2015

 

Latar belakang

Cik Sharifah merupakan ibu tunggal. Beliau telah menajalankan banyak perniagaan sebelum ini menggunakan kemahiran membuat kuih beliau.Antaranya kuih tradisi, lidah buaya, buah keras dan pelbagai lagi. Pada kali ini, beliau mencuba membuat roti 4 benua dan mendapat banyak sambutan dari orang ramai.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Beliau sekadar menjual kepada kawan-kawan dan keluarga terdekat sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada pendapat beliau, kepesatan perkembangan dunia digital hari ini banyak memberi kemudahan terutamanya kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan sepertinya.Malah beliau lebih yakin untuk memulakan perniagaan atas talian selepas melihat ramai yang Berjaya dan atas dorongan dan nasihat dari petugas pusat internet bagi mengembangkan lagi perniagaan roti beliau. Beliau mula memasarkan roti 4 benua buatan beliau di facebook dan whatsapp.

epah 1