BARANGAN KESIHATAN DAN PENJAGAAN PERIBADI

  Nama     : Siti Noor Hayati Binti Ramli

  Umur      : 38 Tahun

  Ahli         : 2020

 

Latar belakang
Puan Noor Hayati merupakan seorang suri rumah tangga yang sangat berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Dengan niat untuk membantu suami dan keluarga, beliau mula menceburkan diri berniaga dengan menggunakan platform media social yang ada.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mempunyai kemahiran asas dalam menggunakan peralatan ICT sewaktu di bangku persekolahan. Namun, keterbatasan kemudahan dan kesibukkan beliau mengguruskan rumah tangga sedikit sebanyak memberi cabaran untuknya untuk menjalankan pernigaannya dengan lancar.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selain memanfaatkan media social yang beliau ada, beliau hadir ke Pusat Internet untuk sama-sama menyertai latihan/Bengkel Asas Shoppe yang dianjurkan oleh Pusat Internet. Disini, beliau diperkenalkan dengan platform pernigaan yang lebih meluas pasarannya.