MAKANAN FROZEN DAN KESIHATAN

  Nama     : Pn. Nur Azlin Binti Che Amid

  Umur      : 23 Tahun

  Ahli         : 2019

 

Latar belakang

Puan Azlin mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan. Mempunyai keluarga yang menyokong beliau dalam menjalan perniagaan juga adalah satu bonus bagi beliau. Beliau memulakan perniagaan sebagai dropship kepada makanan kesihatan wanita. Malah beliau juga meniaga makanan-makananseperti kek dan juga ayam segar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Walaupun beliau mempunyai sedikit kemahiran asas dalam ICT namun keterbatasan jaringan komunikasi dan kemudahan internet sedikit sebanyak menjejaskan urusan harian beliau. Pada awal memulakan perniagaan, perniagaan beliau hanya dikenali oleh orang-orang terdekat sahaja.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan media sosial yang meluas pada hari ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya terutamanya bagi usahawan. Pemasaran melalui laman social peribadi atau laman khusus untuk perniagaan bukan sahaja memudahkan usahawan seperti beliau, malah tidak memerlukan kos yang besar.

2 azlin minda soleh  1 azlin kismis  cekpoh 3 azlin  5 azlin kapsul