PERNIAGAAN KEK, KUIH DAN BARANGAN BASAH

  Nama     : Siti Noraida Binti Che Amid

  Umur      : 22 Tahun

  Ahli         : 2015

 

Latar belakang

Lahir dalam keluarga yang memang aktif berniaga menjadikan Puan Noraida mempunyai minat mendalam dalam bidang perniagaan. Pada awalnya beliau menjual barangan kosmetik dengan menjadi droshipper kepada produk-produk yang telah lama wujud dipasaran. Setelah mendirikan rumahtangga dan menghadirkan diri ke kelas membuat roti,  beliau mula membuat kek dan kuih-muih. Beliau memasarkan produk bel,iau di kedai-kedai yang menjadi tumpuan ramai dan mempromosikannya di media sosial seperti facebook dan whatsapp.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum teknologi berkembang, Puan Noraida tidak mahir dalam mempromosikan produk beliau di media sosial. Namun setelah capaian rangkaian semakin baik di kawasan tempat tinggal beliau dan terdapat kemudahan pusat internet, beliau dapat menggunkan kemudahan tersebut bagi tujuan perniagaan dan juga keperluan lain.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada pendapat beliau, kepesatan perkembangan dunia digital hari ini banyak memberi kemudahan terutamanya kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan sepertinya.Malah beliau lebih yakin untuk memulakan perniagaan atas talian selepas melihat ramai yang Berjaya serta dengan bantuan dari petugas Pusat Internet yang sentiasa membantu beliau dalam menjalankan perniagaan atas talian.

IDA 3     IDA 2