Nama     : Siti Khadijah Binti Ibrahim 

  Umur      : 30 Tahun

  Ahli         : 2019

 

Latar belakang

Pn. Siti mempunyai minat yang tinggi dalam bidang keusahawanan.Menggunakan kemahiran kulinari yang dimiliki dan diwarisi oleh ibu beliau, beliau memulakan perniagaan kek dan kuih-muih dikawasan kampung dengan meletakkan jualan beliau di kedai-kedai berhampiran. Beliau juga mempromosikan perniagaan beliau melalui whatapps dan Facebook.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Walaupun beliau mempunyai sedikit kemahiran asas dalam ICT namun keterbatasan jaringan komunikasi dan kemudahan internet sedikit sebanyak menjejaskan urusan harian beliau. Pada awal memulakan perniagaan, beliau sekadar meletakkan kek dan kuih-muih beliau di kedai-kedai berhampiran.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan media sosial yang meluas pada hari ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya terutamanya bagi usahawan. Pemasaran melalui laman social peribadi atau laman khusus untuk perniagaan bukan sahaja memudahkan usahawan seperti beliau, malah tidak memerlukan kos yang besar.