Nama     : Nor Ayu Fatihah Binti Kamaruzi

  Umur      : 30 Tahun

  Ahli         : 2021

 

Latar belakang

Puan Ayu Fatihah merupakan seorang wanita bekerjaya dan sangat meminati bidang perniagaan. Beliau menjalankan perniagaan sebagai salah satu usaha mendapatkan pendapatan tambahan di luar waktu beliau bekerja.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau mempunyai asas dan kemahiran dalam penggunaan ICT. Namun keterbatasan dalam mendapatkan akses internet yang stabil menggerakkan hatinya untuk datang menggunakan internet di Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau banyak menggunakan medium pemarasan melalui media sosial seperti Facebook dan Whatsapp dalam menjalankan perniagaan beliau. Penggunaan media sosial yang meluas pada hari ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya terutamanya bagi usahawan seperti beliau kerana ianya mudah dan fleksibel.