Nama     : Siti Noraini Binti Mat rawi 

  Umur      : 12 Tahun

  Ahli         : 2017

 

Latar belakang

Adik Siti mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan membolehkan beliau menerima sesuatu pembelajaran dengan cepat. Malah beliau sering membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan dalam melayari internet.Beliau juga suka bertanya jika mempunyai sesuatu pertanyaan atau persoalan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Seperti murid-murid lain di kawasan ini, rata-rata keluarga datangnya dari keluarga yang sederhana.Program anjuran sekolah dengan kerjasama Pusat Internet merupakan titik mula kepada pengenalan ICT setelah menyertai Kursus Asas Komputer dan Internet di Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Siti merupakan seorang peserta latihan dan kelas ICT yang mempunyai minat yang tinggi dalam sesi pembelajaran. Beliau mudah menerima apa yang diajar kepadanya dan turut membantu rakan-rakanya yang lain. Beliau sering berkunjung ke PI untuk mencari bahan dan maklumat berkaitan kerja sekolahnya bersama rakan-rakannya.