Nama     : Roslina Binti Mat 

  Umur      : 32 Tahun

  Ahli         : 2021

 

Latar belakang

Puan Roslina merupakan ahli baru PIK Kuala Gris. Sebelum menetap di Kuala Gris, beliau tinggal bersama keluarga beliau di Jeli. Beliau telah lama melibatkan diri dalam bidang perniagaan atas talian. Memandangkan beliau masih baru di kampung ini, beliau mengambil inisiatif untuk mengenali penduduk kampung (target market ) melalui face to face bagi mempromosikan produk beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Walaupun beliau mempunyai sedikit kemahiran asas dalam ICT namun keterbatasan jaringan komunikasi dan kemudahan internet sedikit sebanyak menjejaskan urusan harian beliau. Pada awal memulakan perniagaan, beliau sekadar mempromosikan produk beliau kepada penduduk kampung secara bersemuka dan meletakkan produk beliau di kedai-kedai berdekatan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Penggunaan media sosial yang meluas pada hari ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya terutamanya bagi usahawan. Pemasaran melalui laman social peribadi atau laman khusus untuk perniagaan bukan sahaja memudahkan usahawan seperti beliau, malah tidak memerlukan kos yang besar.Beliau juga ddapat mengelakkan berniaga secara terbuka dimana amat merbahaya bagi semua di musim pandemic kini.