latihan persisian adobe

Pada 30 Ogos 2017, latihan perisian komputer Adobe Photoshop telah dijalankan di bilik latihan PI1M Kuala Gris. Seramai tujuh orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah telah menyertai sesi latihan pada kali ini.

Latihan ini memberi pendedahan dan pengajaran berkenaan dengan perisian untuk membuat suntingan kepada imej bergambar dan bagaimana untuk menjadikan gambar untuk menjadi lebih cantik dan menarik dengan membuang kandungan yang tidak diperlukan. Diharapkan latihan ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang menyertai.