latihan e pembelajaran

Pada 24 Ogos 2017, pihak Pi1M Kuala Gris telah mengadakan sesi latihan E-Pembelajaran berbentuk kuiz di Bilik Laithan Pi1M. Seramai  enam orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah Menengah menyertai sesi latihan kali ini.

Latihan dijalankan dengan menggunakan laman sesawang Kahoot.it yang merupakan laman interaktif untuk kuiz dan undian. Isi kandungan kuiz bertemakan kemerdekaan. Sebanyak 25 soalan berasaskan kemerdekaan dan sejarah negara diajukan kepada peserta. Kuiz ini dapat menguji sejauh mana pengetahuan am dan sejarah dalam diri peserta. Diharapkan, ilmu yang didapati daripada sesi latihan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta.