Sesi persekolahan bakal bermula pada 24 Jun bagi pelajar kelas peperiksaan awam – tingkatan lima dan tingkatan enam. Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat setelah mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan (KKM)dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).