Klik Dengan Bijak (KDB) merupakan inisiatif keselamatan internet dalam mempromosikan penggunaan internet secara positif di kalangan rakyat Malaysia berdasarkan 3 teras; Selamat, Waspada dan Tanggungjawab. Dengan menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara, program ini merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang. Ambil peduli dan jangan lupa semak fakta sebelum kongsi atau mempercayainya.