Melalui JENDELA, rangkaian 3G akan ditamatkan sepenuhnya pada Disember 2021. Dengan penutupan rangkaian 3G ini, ia akan memberikan ruang kepada pemantapan rangkaian 4G, sekaligus memberikan liputan yang lancar dan konsisten untuk seluruh rakyat Malaysia.

Semua dinasihatkan untuk beralih ke peranti yang menyokong fungsi 4G VoLTE yang dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan pantas setelah pelaksanaan penutupan rangkaian 3G ini.

KKMM melalui MCMC telah mengumumkan satu pakej yang dinamakan Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia bagi memastikan setiap rakyat memiliki peranti dan akses internet pada harga yang berpatutan. Sila rujuk kepada penyedia perkidmatan masing-masing untuk maklumat lebih lanjut.

#3GNoMore #3GTiadaLagi #JENDELA #KKMM #MCMC

Copyright SKMM/MCMC