BENGKEL KESELAMATAN SIBER SK MEMPELAM JELAWANG.

Tarikh     : 28 September 2017
Tempat   : Sekolah Kebangsaan Mempelam Jelawang

Satu Bengkel Keselamatan Siber telah dianjurkan oleh SK Mempelam Jelawang dengan kerjasama Pusat Internet 1Malaysia Kluster Kuala Krai. Pengisian bengkel tersebut berintipati penggunaan internet secara bijak, kempen keselamatan siber Klik Dengan Bijak, kuiz siber dan permainan sebagai aktiviti selingan.

Bengkel ini disertai oleh murid-murid Tahun Enam yang baru sahaja tamat peperiksaan UPSR dan murid-murid Tahun Lima dan Empat serta guru-guru SKMJ.

SK jelawang

 

LATIHAN MICROSOFT OFFICE EXCEL 

Tarikh   : 15 September 2017
Tempat : Bilik Latihan Pi1M Kuala Gris

 

Latihan mingguan yang dijalankan di Pi1M Kuala Gris disertai oleh empat orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Sesi latihan kali ini memberi penumpuan kepada fomula mudah yang terdapat dalam MS Excel.

Latihan excel