Latihan Perisian Adobe Photoshop

 

Tarikh    :  13 Oktober 2017

Tempat  :  Bilik Latihan Pi1M Kuala Gris

 

Seramai lima orang peserta telah mengikuti latihan mingguan yang dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia Kuala Gris pada kali ini. Sesi latihan perisian komputer pada kali ini menggunakan perisan Adobe Photoshop untuk memanipulasikan gambar yang sedia ada dan mengubahnya menjadi sesuatu yang berbeza daripada gambar asalnya. 

Pembelajaran kali ini menggunakan teknik filter dan divide terhadap imej asal. Disamping teknik-teknik tersebut, peserta mengulangkaji teknik kembali teknik-teknik yang telah dipelajari sebelum ini.

Diharapkan pembelajaran kali ini dapat mengasah kemahiran dan minat peserta untuk lebih mendalami kemahiran mengubah dan memanipulasi gambar ini untuk faedah bersama di masa hadapan.

 

Aktiviti Perisian Adobe Photoshop

 

Latihan E-Learning English Central

 

Tarikh   :  28 Oktober 2017

Tempat : Bilik Latihan Pi1M Kuala Gris

 

Latihan e-pembelajaran kali ini menggunakan modul English Central. Seramai lima peserta menyertai sesi yang dijalankan pada kali ini. Sesi pembelajaran secara interaktif menggunakan video sebagai asas pengajaran sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih mudah. 

Pada permulaan sesi pembelajaran pelajar didedahkan dengan tontonan video berdasarkan topik pembelajaran yang dipilih iaiti "Grammar : Adjective & Adverbs. Seterusnya pelajar perlu menulis kembali perkataan-perkataan berdasarkan video yang ditonton tersebut. Setelah itu, pelajar dikehendaki menuturkan kembali perkataan sebagai mana yang tertera pada video yang ditonton itu.

Panduan dan penerangan turut disertai bersama-sama dengan video yang peserta tonton.

Diharapkan sesi pembelajaran kali ini dapat dapat menarik lebih lagi minat para peserta untuk mempelajari bahasa Inggeris.

 

Aktiviti English Central