LAPORAN HARI KESIHATAN KUALA GRIS

 

Tarikh              : 13.12 .2017 (RABU)

Masa               : 07.30am – 01.00pm

Tempat            : Perkarangan Pi1M Kuala Gris

Anjuran           : KOSPEN Kuala Gris dengan Kerjasama PI1M Kuala Gris

 

Poster Hari Kesihatan Kuala Gris

TUJUAN

Hari Kesihatan Kuala Gris telah dianjurkan oleh KOSPEN Kuala Gris dengan kerjasama oleh Pusat Internet 1Malaysia Kuala Gris. Program ini bertujuan bagi memberi kesedaran kepada semua penduduk sekitar tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan. Selain itu, penduduk juga dapat melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan dapat menyertai aktiviti-aktiviti lain yang di jalankan semasa program berlangsung.

AKTIVITI

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah berjalan 10,000 langkah mengelilingi kampung, pemeriksaan kesihatan percuma, saringan tibi, pertandingan karom, dam haji, congkak, batu seremban dan cabutan bertuah. Seramai 113 penduduk telah menjalankan pemeriksaan kesihatan. Ini menunjukkan betapa mereka cakna  dengan kesihatan masing-masing dan sanggup menyertai program ini walaupun dilangsungkan pada hari bekerja. Antara pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan kandungan gula dalam darah, tekanan darah dan bacaan BMI. Untuk menarik lebih ramai penduduk bagi menyertai program ini, 4 permainan tradisi Kampung dipertandingkan iaitu pertandingan dam haji, karom, congkak dan batu seremban. Dengan adanya pertandingan ini, maka semakin meriah program hari Kesihatan Kuala Gris.

Dengan kerjasama dari semua pihak, program yang dianjurkan berjalan lancar dengan jayanya.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini