E-Learning: Word scramble dan Proprofs.my

Tarikh         : 20 April 2018

Masa          : 2.30 pm – 3.30 pm

Tempat      : Bilik Latihan Pi1M Kuala Gris

Peserta      : 8 orang

 

IMG20180419151620

Tujuan

Sesi latihan ini disertai oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah. Latihan kali ini memberi pendedahan kaedah E-Pembelajaran dengan menggunakan laman sesawang ProProfs Brain Games di pautan www.proprofs.com.

 

Aktiviti

Peserta diminta untuk membuka pautan laman sesawang seperti yang dinyatakan oleh petugas. Peserta dikehendaki untuk menyusun kembali perkataan yang terdiri daripada peralatan ICT dan Internet telah dikucar-kacirkan supaya menjadi perkataan yang betul. Aktiviti ini memberi keseronokan kepada peserta disamping menambah kosa kata kepada peserta.

Diharapkan peserta dapat mengambil manfaat daripada apa yang mereka pelajari pada sesi kali ini.