Public Speaking: Introduce Yourself

Tarikh    : 04 Mei 2018

Masa     : 3.30 pm – 5.30 pm

Tempat  : Bilik Latihan PI1M Kuala Gris

Peserta : 10 Orang

 

IMG 20180504 160910

TUJUAN

Sesi latihan kali ini desertai oleh 10 orang peserta tingkatan 1 dari SMK Dabong. Latihan kali ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri peserta untuk bercakap dalam Bahasa inggeris dan Bahasa melayu di khalayak ramai. Selain itu, dengan adanya latihan seperti ini, para peserta dapat meningkatkan tahap penggunaan Bahasa melayu dan Bahasa inggeris mereka. Peserta juga dapat menguasai penggunaan Microsoft power point semasa pembelajaran kali ini.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki menonton video bagi melihat contoh bagaimana proses pengenalan diri dilakukan. Selepas itu, mereka dikehendaki untuk menaip tentang diri mereka menggunakan Microsoft Power point. Seterusnya, para peserta dikehendaki melakukan ucapan pengenalan diri di hadapan kawan-kawan mereka menggunakan maklumat yang telah ditaip di Microsoft power point. Diharap dengan adanya latihan seperti ini, maka para peserta dapat membina keyakinan diri dan lebih yakin untuk melakukan pembentangan semasa di sekolah.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini