Asas Internet: Pengenalan kepada blog dan mencipta blog dengan blogspot

Tarikh         : 20 Jun 2018

Masa          : 3.00 pm – 5.00 pm

Tempat       : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta      : 5 orang

 

IMG20180620154248

TUJUAN

Sesi latihan kali ini desertai oleh 5 orang peserta.  Latihan pada kali ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang kemudahan media sosial yang boleh diguna pakai bagi tujuan kebaikan.

AKTIVITI

Pada awalnnya, peserta diberi penerangan mengenai fungsi dan bagaimana blogspot digunakan. setelah itu, peserta diberi penerangan ringkas mengenai blogspot dan cara mencipta akaun blog.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini


Word Search Game : English Words

Tarikh         : 22 Jun 2018

Masa          : 11.00 am – 12.00 pm

Tempat       : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta      : 5 orang

 

WhatsApp Image 2018 06 22 at 11.35.36 1

Tujuan

Sesi latihan kali ini disertai oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah. Latihan pada kali ini bertujuan bagi meningkatkan pengetahuan vocabulary peserta melalui permainan word search. Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan kemahirran penggunaan tetikus.

Aktiviti

Pada awalnya, para pelajar didedahkan dengan pengenalan kepada website permainan pendidikan iaitu Proprof.com. Selepas itu,mereka dikehendaki mencari dan menyebut perkataan Bahasa Inggeris tersebut.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

 

KDB & Latihan Kuiz - Etika di Media Sosial

Tarikh         : 22 Jun 2018

Masa          : 3.00 pm – 5.00 pm

Tempat       : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta      : 9 orang

WhatsApp Image 2018 06 23 at 10.39.15 1

Tujuan

Sesi kali ini disertai oleh 9 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Tujuan bagi sesi kali ini adalah bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang etika-etika ketika di media sosial serta akibat daripada penyalahgunaan media sosial.

Aktiviti

Pada awalnya, tontonan video akibat daripada penyalahgunaan media sosial ditayangkan kepada para peserta. Setelah itu, peserta diperjelaskan tentang etika-etika yang perlu diikuti semasa menggunakan media sosial dan cara-cara bagi mengelakkan penyalahgunaan berlaku. Setelah selesai penerangan dan tontonan video, para peserta dikehendaki menjawab kuiz mengenai etika di media sosial bagi menguji tahap penerimaan mereka dalam sesi kali ini.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini