E-Learning: Suntingan Imej

Tarikh     : 06 Julai 2018

Masa      : 10.00 am - 11.00 am

Tempat   : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta  : 5 Orang

 

IMG 20180706 103440

TUJUAN

Sesi latihan kali ini desertai oleh 5 orang peserta.  Latihan pada kali ini bertujuan untuk mengajar peserta cara-cara untuk menyunting imej dari website dan disimpan di dalam Microsoft office. Pada sesi kali ini, peserta dikehendaki menyunting imej di dalam Microsoft word.

 

AKTIVITI

Peserta diajar cara bagi menyunting imej dari website tertentu untuk di masukkan ke dalam Microsoft word. Pada awalnya, mereka dikehendaki mencari imej yang mereka suka dan dikehendaki menyimpan imej tersebut sebelum di masukakn ke dalam Microsoft word. Selepas itu, peserta dikehendaki menyunting imej mengikut kreativiti mereka selepas di tunjuk ajar oleh pengurus pusat internet.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Advokasi CELIK ICT Bersama Tabika Kemas Sri Kenangan Bukit Abu

Tarikh         : 11 Julai 2018

Masa          : 10.00 am – 1.00 pm

Tempat       : Pusat Internet Kuala Gris

Kerjasama  : Tabika Kemas Sri Kenangan Bukit Abu & Perpustakaan Desa Kuala Gris

Peserta       : 19 orang

 

IMG 20180711 104844

TUJUAN

Program Celik Ict pada kali ini melibatkan Tabika Kemas Sri Kenangan Bukit Abu dengan kerjasama dari Perpustakaan Desa Kuala Gris. Program ini bertujuan bagi memberi pendedahan awal tentang penggunaan ICT kepada pelajar-pelajar tabika kemas Sri Kenangan Bukit Abu. Memandangkan peserta-peserta pada kali ini tidak pernah menggunakan peralatan komputer dan tidak pernah didedahkan dengan ICT, maka program kali ini amatlah bagus bagi memberi pendedahan awal kepada mereka.

 

AKTIVITI

Program bermula pada pukul 10.00 pagi, dimana peserta sampai di pusat internet Kuala Gris dan diberi sedikit taklimat mengenai program yanga akan berlangsung. Selepas itu, mereka dikehendaki masuk kedalam bilik latihan pusat internet dan menonton video mengenai asas komputer. Mereka juga diberi taklimat mengenai perkakas-perkasas asas bagi penggunaan komputer seperti tetikus, monitor dan keypad.

Setelah selesai sesi pertama, mereka diberi pelung untuk menggunakan komputer. Mereka diperkenalkan dengan website ABCya dan dikehendaki menyelesaikan permainan komputer yang telah ditetapkan oleh petugas pusat internet. Dengan ini mereka dapat menyesuaikan diri dengan penggunaan tetikus dan keypad.

Setelah selesai sesi tersebut, pertandingan mewarna di bawah selian perpustakaan desa Kuala Gris dimulai. Pada awalnya, sesi bercerita mengenai tema mewarna pada kali ini disampai oleh petugas Perpustakaan Desa. Setelah selesai, sesi mewarna dimulai.

Akhir sekali, sesi penyampaian hadiah kepada pemenang dan juga pembahagian cenderahati kepada agensi yang terlibat menjayakan program pada kali ini dimulai.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

 

Asas Komputer: Pengurusan Folder

Tarikh    : 20 Julai 2018

Masa     : 10.00 am - 11.00 am

Tempat  : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 8 Orang

 

IMG 20180720 105234

TUJUAN

Sesi latihan kali ini desertai oleh 8 orang peserta.  Latihan pada kali ini bertujuan bagi memberi pendedahan mengenai asas penggunaan komputer iaitu cara menyusun folder di dalam komputer dengan teratur dan cara mudah bagi mencari dokumen-dokumen yang disimpan.

 

AKTIVITI

Pada awalnnya, peserta diberi penerangan mengenai fungsi dan cara untuk mencipta folder pada komputer masing-masing. Setelah itu, peserta dikehendaki mencipta satu dokumen dan menyimpan dokumen tersebut di dalam folder yang telah mereka cipta di awal sesi latihan.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

 

Kahoot: Guess Team Flags at Russian World Cup 2018

Tarikh    : 20 Julai 2018

Masa     : 11.00 am - 12.00 pm

Tempat  : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 8 Orang

 

IMG 20180720 113414

TUJUAN

Sesi latihan kali ini desertai oleh 8 orang peserta.  Latihan pada kali ini bertujuan bagi memberi keseronokan dan menguji pengetahuan peserta mengenai bendera-bendera bagi setiap negara yang terlibat dalam Russian World Cup 2018.

 

AKTIVITI

Pada awalnya, peserta dikehendaki membuka pautan laman sesawang Kahoot. Setelah itu, peserta dikehendaki meneka bendera-bendera bagi setiap pasukan yang bertanding di dalam Russian world cup 2018.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

 

MS POWER POINT: Animation & Transition Tools

Tarikh    : 20 Julai 2018

Masa      : 3.30 pm - 4.30 pm

Tempat  : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta  : 3 Orang

 

WhatsApp Image 2018 07 21 at 10.43.16

TUJUAN

Sesi latihan kali ini desertai oleh 3 orang peserta.  Tujuan latihan pada kali ini adalah supaya semua peserta dapat mempraktikkan pengetahuan tentang penggunaan Microsoft powerpoint pada masa hadapan.

 

AKTIVITI

Peserta dikehendaki membuka Microsoft office dan diberi penerangan tentang cara-cara bagi membuat transisi dan animasi teks menggunakan powerpoint oleh petugas pusat internet. Selepas itu, peserta dikehendaki mempraktikal apa yang telah di pelajari.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini