KDB & Moral Value from short story

Tarikh    : 04 Ogos 2018

Masa     : 10.30 am - 11.30 am

Tempat  : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 8 Orang

 

IMG 20180804 105534

TUJUAN

Sesi latihan kali ini desertai oleh 8 orang peserta.  Latihan pada kali ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang kelebihan melakukan kebaikan dalam semua perkara dan dalam aktiviti seharian. Melalui latihan pada kali ini juga, peserta dapat belajar untuk menulis karangan pendek.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki menonton cerita pendek “Pada Zaman Dahulu” melalui laman sesawang youtube. Setelah selesai menonton video tersebut, mereka dikehendaki menyatakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerita pendek yang ditonton.

Diharap dengan adanya aktiviti latihan seperti ini, para peserta dapat menerapkan nilai-nilai murni tersebut dalam kehidupan seharian mereka.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

 

 

Simple Bubble Maps with MS Powerpoint

Tarikh         : 04 Ogos 2018

Masa          : 4.00 pm – 5.00 pm

Tempat       : Pusat Internet Kuala Gris

Peserta       : 10 orang

 

IMG 20180804 164106

TUJUAN

Sesi latihan pada kali ini disertai oleh 10 orang peserta. Latihan pada kali ini bertujuan bagi meransang pemikiran peserta dalam mencari idea bagi membuat sebuah karangan dengan mencipta simple bubble maps terlebih dahulu. Selain itu, peserta juga dapat meningkatkan keyakinan diri dengan menyertai latihan pada kali ini memandangkan latihan kali ini memberi fokus kepada kelebihan diri peserta.

AKTIVITI

Pada  awalnya peserta dikehendaki membuka Microsoft powerpoint dan mereka di ajar cara untuk memilih smartart bubble. Selepas itu, mereka dikehendaki menulis senarai kelebihan diri mereka menggunakan bubble maps yang telah dipilih. Peserta juga di ajar cara untuk menambah bubble maps berantai.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

 

English Test for Kids with kahoot

Tarikh    : 20 Ogos 2018

Masa     : 10.00 am - 11.00 am

Tempat  : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 9 Orang

 

IMG 20180819 101711

TUJUAN

Sesi latihan kali ini desertai oleh 9 orang peserta.  Latihan pada kali ini bertujuan bagi menguji kemahiran Bahasa inggeris peserta. Selain itu, latihan pada kali ini juga bertujuan bagi mencipta sifat berdaya saing setiap peserta bagi mendapatkan markah yang tertinggi.

AKTIVITI

Pada awalnnya, peserta dikehendaki membuka laman sesawang kahoot.it. Selepas itu, para peserta dikehendaki menjawab semua soalan yang disediakan. Jika ada perkataan yang tidak difahami, peserta boleh bertanya kepada petugas pusat internet sebagai rujukan. Mereka juga boleh mencari makna perkataan tersebut di laman sesawang yang berkaitan.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

 

Dashboard komuniti: Kuiz MyHealth

Tarikh    : 20 Ogos 2018

Masa     : 3.00 pm - 4.00 pm

Tempat  : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 3 Orang

 

WhatsApp Image 2018 08 20 at 16.30.10

TUJUAN

Sesi latihan kali ini desertai oleh 3 orang peserta.  Latihan pada kali ini bertujuan bagi mengalakan peserta bagi menggunakan laman sesawang dashboard bagi tujuan tertentu seperti membuat sebarang pengumuman dan  mereka juga boleh menggunakan laman sesawang ini untuk tujuan bertegur sapa dengan komuniti setempat. Selain itu, peserta juga boleh menggunakan kemudahan lain yang disediakan pada laman sesawang ini seperti myshop dan myhealth.

AKTIVITI

Pada awalnya, peserta dikehendaki membuka pautan laman sesawang dashboard komuniti. Seterusnya, para peserta dikehendaki menjawab kuiz yang tersedia berkenaan kesihatan. Selain dari dapat menambah pengetahuan dengan menyertai kuiz yang disediakan, mereka juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang disediakan jika terpilih sebagai pemenang.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini