Tarikh    : 14 September 2018

Masa     : 3.00 pm - 5.00 pm

Tempat  : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 4 Orang

 

IMG 20180914 151028

TUJUAN

Sesi latihan kali ini desertai oleh 4 orang peserta.  Latihan pada kali ini bertujuan untuk membantu peserta yang mempunyai masalah dalam memahami dan membuat karangan bahasa inggeris. Hal ini kerana, kebanyakan peserta tidak memahami banyak perkataan dalam bahasa inggeris. Dengan adanya latihan pada kali ini, peserta dapat mempelajari dan mengetahui lebih banyak kosa kata bahasa inggeris dan dapat memahami bagaimana cara untuk membuat karangan bahasa inggeris.

AKTIVITI

Jam pertama, peserta dikehendaki membuka laman sesawang yang mempunyai cerita pendek bertajuk 'How to turn dirt into gold'. Peserta dikehendaki menterjemah cerita pendek tersebut ke dalam bahasa melayu. Disamping itu, peserta boleh mengetahui perkataan-perkataan bahasa inggeris yang tidak mereka fahami dengan bertanya kepada petugas ataupun mereka boleh mencari makna perkataan tersebut menggunakan laman sesawang google translate. Setelah selesai menterjemah keseluruhan cerita, petugas memeriksa hasil kerja mereka.

Jam kedua, petugas bertanya kepada peserta makna bagi perkataan yang terdapat didalam cerita yang telah diterjemah. Setelah itu, peserta dikehendaki membuka laman sesawang kahoot.it dan menjawab soalan-soalan bahasa inggeris bagi menguji tahap pengetahuan kosa kata bahasa inggeris mereka.

Diharap dengan adanya aktiviti pelajaran dan uji minda seperti ini, peserta dapat menjawab dengan jayanya dalam peperiksaan mereka nanti. 

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini