Tarikh    : 14 September 2018

Masa     : 5.00 pm - 6.00 pm

Tempat  : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 8 Orang

 

IMG 20180914 165350

TUJUAN

Sesi latihan kali ini desertai oleh 8 orang peserta.  Latihan pada kali ini bertujuan untuk menguji minda peserta di dalam subjek bahasa inggeris dan tahap pengetahuan peserta dalam menjawab soalan-soalan yang disediakan. Latihan pada kali ini juga memberi fokus kepada info kesihatan yang wajib bagi setiap peserta tahu iaitu tentang pemakanan yang sihat.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki membuka laman sesawang kahoot.it dan menjawab kuiz bahasa inggeris yang telah disediakan oleh petugas. Fokus kuiz pada kali ini adalah mengenai kosa kata dan sebutan dalam bahasa inggeris. Setelah itu, peserta dikehendaki menjawab kuiz mengenai pemakanan sihat bagi menguji pengetahuan peserta dalam pengambilan makanan setiap hari.

Diharap dengan adanya aktiviti pelajaran dan uji minda seperti ini, peserta dapat menjawab dengan jayanya dalam peperiksaan mereka nanti dan dapat mempraktikkan dalam kehidupan seharian mereka. 

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini