Tarikh    : 01 NOVEMBER 2018

Masa     : 10.00 am - 1.00 pm

Tempat  : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 10 Orang

 

WhatsApp Image 2018 11 04 at 15.27.47 1

TUJUAN

Latihan pada kali ini disertai oleh 10 orang pelajar darjah 6 dari Sekolah Kebangsaan Kuala Gris dimana mereka merupaka kumpulan yang ke empat menyertai kelas pada kali ini. Kelas ini merupakan kerjasama daripada guru SK Kuala Gris bertujuan untuk memberi pendedahan kepada asas komputer dan asas internet kepada pelajar drajah 6 setelah tamat peperiksaan yang lalu. Selain itu juga, pelajar dapat mengisi masa mereka dengan perkara yang berfaedah dengan menyertai kelas pada kali ini kerana mereeka dapat m,enggunakan pengetahuan ini pada masa akan datang.

 

AKTIVITI

Peserta dikehendaki membuka modul yang disediakan dan mendegar penerangan daripada petugas pusat internet tentang asas komputer. Setelah itu, mereka dikehendaki membuka microsoft office dan diberi penerangan cara-cara menggunakannya. Antara Microsoftt yang diberi keutamaan adalah microsoft word, microsoft excel dan microsoft powerpoint, dimana kesemua microsoft office yang di ketengahkan ini amat berguna bagi mereka dimasa hadapan nanti. setelah selesai, mereka diuji dengan kuiz KDB dan asas komputer dan internet bagi menguji tahap pengetahuan mereka setelah di beri penerangan oleh petugas sebelum ini.

Diharap dengan adanya kelas seperti ini, semua pelajar yang menyertai kelas pada kali ini dapat menggunakannya pada masa hadapan.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini