Tarikh    : 14 DISEMBER 2018

Masa     : 8.30 am - 12.45 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

 

poster JOM SIHAT

TUJUAN

Program Jom Sihat bersama Pusat Internet ini bertujuan bagi menggalakkan komuniti setempat agar menggunakan kemudahan Pusat Internet yang disediakan. Malah Pusat Internet juga boleh menjadi sebagai tempat untuk komuniti bagi melakukan pemeriksaan asas kesihatan. Selain itu,   program ini bertujuan bagi menarik minat komuniti untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet. 

AKTIVITI

Pada jam 8.30 pagi, para pengunjung dikehendaki mendaftar dan mengambil nombor cabutan bertuah. Pengunjung yang membawa telefon-telefon rosak juga boleh menghantar telefon mereka ke kaunter mobile E-waste  yang disediakan. Pihak Klinik juga telah bersedia bagi melakukan pemeriksaan kesihatan kepada pengunjung-pengunjung. Dalam proses aktiviti-aktiviti diluar, ceramah dari Doktor dari Klinik kesihatan Dabong dilangsungkan. Aktiviti-aktiviti sampingan juga dijalankan seperti mewarna kanak-kanak, Kuiz kesihatan sekolah rendah dan sekolah menengah serta pertandingan puzzle.

Jam 11.30 pagi, Para peserta pertandingan penyediaan makanan sihat membawa masuk makanan yang disediakan dan dinilai oleh doktor penceramah beserta pembantu-pembantunya. Aktiviti pertandingan memuatnaikakn bahan kesihatan kedalam dashboard komuniti dan download aplikasi dashboard juga dijalankan serentak di dalam bilik latihan pusat internet..

Jam 12.00 tengahhari, ucapan penutup oleh pengerusi majlis dan penyampaian hadiah dilangsung. jam 12.30 tengahhari, program bersurai.

 

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini