Tarikh    : 18 Julai 2019

Masa     : 3.30 pm - 5.30 pm

Tempat  : Dewan Serbaguna Ladang Kuala Gris

Anjuran  : WANITA Ladang Kuala Gris

 

IMG 0076

TUJUAN

Promosi program kulinari pada kali ini dianjurkan oleh WANITA Ladang Kuala Gris, dimana kebanyakan peserta program pada kali ini adalah wanita dan juga belia dari 3 kampung berdekatan iaitu, Kampung Baru Kuala Gris, Kampung Baru Slow Pak Long dan juga Kampung Baru Bukit Abu. Tujuan program pada kali ini adalah bagi menyebarkan ilmu masakan kepada wanita dan belia kampung. Disamping itu juga, peserta boleh menggunakan ilmu tersebut bagi menjalankan perniagaan masakan samada secara offline atau secara online

AKTIVITI

Guru masakan memberi taklimat tentang fokus masakan yang akan dilakukan iaitu 'cream puff'. Seterusnya, guru masakan menunjukkan cara-cara bagi membuatnya. Peserta diiberi peluang membuat bersama guru masakan. Seterusnya, peserta diberi pendedahan bagi memulakan sesuatu perniagaan. Diharap dengan adanya program seperti ini, para peserta dapat mempraktikkan ilmu yang diperolehi.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini