Tarikh    : 06 Ogos 2019

Masa     : 9.00 am - 4.00 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

 

WhatsApp Image 2019 08 13 at 5.07.47 PM

TUJUAN

Program Hari Bersama Komuniti merupakan program tahunan pusat internet. Program ini dijalankan bagi memperkenalkan pusat internet sebagai tempat rujukan komuniti. Selain itu, program ini juga bertujuan bagi mengeratkan hubungan di antara Pusat Internet Kuala Gris dengan komuniti sekitar sekaligus mewujudkan persekitaran yang mesra ICT dan Teknologi.

AKTIVITI

Antara aktiviti dan pertandingan yang diadakan pada Hari Bersama Komuniti tahun ini ialah pemeriksaan kesihatan percuma, pameran agensi seperti LHDN, Giat MARA dan Perpustakaan Desa Kuala Gris, bengkel penghasilan video,pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan origami, kuiz ICT: KDB & Portal PI kuala Gris, kuiz Kahoot dan banyak lagi. Program ini telah dirasmikan oleh Ir. Dr. Mohd Yazid Bin Abdullah selaku Pengerusi PH Parlimen Kuala Krai. 

Diharap dengan adanya program seperti ini, Pusat Internet dapat menjadi tempat rujukan bagi komuniti Kuala Gris dan setempat.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini