Tarikh    : 06 November 2019

Masa     : 9.00 am - 2.00 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

 

TUJUAN

Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan merupakan program tahunan pusat internet. Program ini dijalankan bagi memperkenalkan pusat internet sebagai tempat rujukan komuniti. Program ini juga bertujuan bagi mengeratkan hubungan di antara Pusat Internet Kuala Gris dengan komuniti sekitar sekaligus mewujudkan persekitaran yang mesra ICT dan Teknologi. Selain itu, program ini juga bertujuan bagi menerapkan kesedaran menjaga kesihatan dikalangan penduduk setempat serta kemudahan asas pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan gula dan tekanan darah yang terdapat dipusat internet.

AKTIVITI

Antara aktiviti dan pertandingan yang diadakan ialah pemeriksaan kesihatan percuma serta saringan PEKA B40, pameran pergigian, gosok gigi beramai-ramai kanak-kanak, pemeriksaan gigi,derma darah, bengkel asas komputer,  pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan puzzle, pertandingan 'push-up', pertandingan 'skipping', kuiz ICT: KDB & Portal PI kuala Gris, kuiz Kahoot dan banyak lagi. 

Diharap dengan adanya program seperti ini, Pusat Internet dapat menjadi tempat rujukan bagi komuniti Kuala Gris dan setempat.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini