Tarikh    : 11 Januari 2021

Masa     : 02.45 pm - 04.45 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

 

TUJUAN

Sesi latihan pada kali ini merupakan siri pengenalan kepada perkakasan dan fungsi komputer kepada peserta OKU (Masalah Pembelajaran) yang mengalami kesukaran untuk memahami dan mengikuti sesuatu perkara. 

AKTIVITI

Pada sesi latihan ini, petugas memperkenalkan kepada peserta mengenai peralatan dan bagaimana cara penggunaan peralatan tersebut. Peserta juga turut diperkenalkan berkenaan dengan tombol dan fungsi yang terdapat di papan kekunci. Walaupun peserta mengalami sedikit kesukaran untuk mengingat dan memahami sepenuhnya, namun peserta sangat teruja dengan sesi latihan pada kali ini.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini