HAFIZUDIN BIN HARUN

  • Nama Usahawan: Hafizudin Bin Harun (Apih)
  • Nama Produk: Pemasangan peratan eletrik dan Pendawaian eletrik
  • Kisah penglibatan dalam bidang usahawan:

Tanggungberes enterprise mula beroperasi pada 1/3/2016 dan dimiliki oleh Hafizudin sendiri. beliau meluangkan masa selama 3 tahun dalam mencari pengalaman sebelum memulakan perniagaan sendiri dan berdikari untuk bersaing dengan usahawan lain yang lebih lama dalam bidang ini. Syarikat ini banyak menerima tempahan untuk membuat pendawaian penuh untuk rumah rumah yang baru di sekitar ini. En. Hafizudin bin  Harun antara pihak yg terlibat dalam proses pendawaian rumah rumah mangsa banjir.

  • Pengalaman: 4 tahun
  • Alamat: Kampung Kuala Gris, 18000 Kuala Krai, Kelantan.
  • Nombor / facebook untuk dihubungi: 011-29247445(Hafizudin)
  • Bilangan Pekerja: Syarikat mempunyai 2 orang pekerja yang berpengalaman.

apih 1 apih 2 apih 3

 

PUAN AZIZAH BINTI ISMAIL

  • Nama Usahawan: Puan Azizah Binti Ismail
  • Nama Produk: Satay Mok Su
  • Kisah penglibatan dalam bidang usahawan:

Pada awalnya Puan Azizah menjalankan perniagaan barangan runcit. setelah berlakunya banjir besar pada tahun 2014, Puan Azizah mengubah angin perniagaannya kepada perniagaan makanan iaitu satay sejuk beku.

  • Pengalaman: 6 tahun
  • Alamat: Kampung Kuala Gris, 18000 Kuala Krai, Kelantan.
  • Nombor / facebook untuk dihubungi: Satay Mok Su
  • Bilangan Pekerja: Diusahakan oleh keluarga.

cikjah 1 cikjah 2 cikjah 3

 

MAIZI BIN JUSOH

  • Nama Usahawan: Maizi Bin Jusoh (Iji)
  • Nama Produk: Perkhidmatan Pendawaian, sewaan PA sistem dan DJ
  • Kisah penglibatan dalam bidang usahawan:

En. Maizi atau lebih dikenali sebagai Iji merupakan anak jati Kampung Kuala Gris. Beliau mula berkecimpung dalam bidang pendawaian elektrik semasa mengikuti bapa saudaranya menjalankan kerja-kerja pendawaian. Sejurus selepas itu, beliau mengusahakan sendiri perkhdimatan tersebut. Beliau turut mengembangkan perkhidmatannya dalam menyediakan perkhidmatan PA Sistem dan Deeyja dalam kawasan Kuala Gris dan sekitarnya.

  • Pengalaman: 4 tahun
  • Alamat: Kampung Kuala Gris, 18000 Kuala Krai, Kelantan.
  • Nombor / facebook untuk dihubungi: Maizi Jusoh
  • Bilangan Pekerja: Diusahakan sendiri.

abe iji 1 abe iji 1 abe iji 2

 

NOR AINI BINTI YAZID

  • Nama Usahawan: Nor Aini Binti Yazid (Aini)
  • Nama Produk: Craft Aksesori
  • Kisah penglibatan dalam bidang usahawan:

Puan Nor Aini Binti Yazid baru sahaja berkecimpung dalam dunia perniagaan online. Beliau memulakan perniagaan aksesori buatan sendiri bagi mengisi masa terluang. Bakat yang ada digunakan sepenuhnya dengan mencipta gelang tangan nama, keychain dan brooch. Disamping itu, beliau juga menggunakan kepakaran beliau dalam membuat barang-barang perhiasan bagi membantu suami mendapatkan rezeki.

  • Pengalaman: 2 tahun
  • Alamat: Kampung Bukit Abu, 18000 Kuala Krai, Kelantan.
  • Nombor / facebook untuk dihubungi: 019-9583586 / Craft Aksesori Aini
  • Bilangan Pekerja: Diusahakan sendiri.

aini 2 aini 1 aini 3

 

SHARIFAH BINTI OSMAN 

  • Nama Usahawan: Sharifah Binti Osman (Efah)
  • Nama Produk: Roti 4Benua
  • Kisah penglibatan dalam bidang usahawan:

Cik Sharifah merupakan ibu tunggal. Beliau telah menjalankan banyak perniagaan sebelum ini menggunakan kemahiran membuat kuih beliau. Antaranya kuih tradisi, lidah buaya, buah keras dan pelbagai lagi. Pada kali ini, beliau mencuba membuat roti 4 benua dan mendapat banyak sambutan dari orang ramai.

Pengalaman: 3 tahun

  • Alamat: Kampung Sungai Teku Luar, 18200 Dabong, Kelantan.
  • Nombor / facebook untuk dihubungi: 011-25663662 / Mawar Merah
  • Bilangan Pekerja: Diusahakan sendiri.

epah 1 epah 2 rpah 3 

 

ZALIHA BINTI ABDUL RAHMAN

  • Nama Usahawan: Zaliha Binti Abdul Rahman (Ustazah Leha)
  • Nama Produk: Karipap Mini & Popia Serunding Ikan
  • Kisah penglibatan dalam bidang usahawan:

Cik Zaliha Binti Abdul Rahman merupakan Guru KAFA di Sekolah kebangsaan Kuala Gris dan sekarang sedang menyambung pengajian diploma di UOM Kelantan. Bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat, beliau menggunakan kemahiran yang dipelajari dari ibunya bagi membuat karipap mini. Pada awalnya, beliau sekadar menjual kepada rakan-rakan guru dan penduduk kampung sahaja, teapi selepas membuat perniagaan atas talian, karipap mini dan popia serunding ikan beliau mendapat sambutan yang baik dari rakan-rakan atas talian.

  • Pengalaman: 1 tahun 3 bulan
  • Alamat: Kampung Kuala Gris, 18000 Kuala Krai, Kelantan.
  • Nombor / facebook untuk dihubungi: 019-9473659 / Zaliha abd rahman
  • Bilangan Pekerja: Diusahakan bersama ibu dan kakak.

Syarikat ini Mempunyai 2 orang pekerja yang berpengalaman.

za 1 za 3 za 2