Produk tampatan yang terdapat di Kampung Kuala Gris ialah Bunga yang dihasilkan dari gubahan beg plastik yang terpakai. Selain itu, bunga yang dihasilkan daripada gubahan botol plastik terpakai.

   Bunga yang dihasilkan dari gubahan beg plastik terpakai adalah hasil dari gubahan beg plastik yang terpakai dibentuk menjadi bunga. Proses penggubahan bunga ini memakan masa 4 hingga 5 hari  dan bergantung kepada saiz yang ditempah oleh pelanggan untuk menghasilkan gubahan tersebut. Kos bagi 1 gubahan bunga dalam lingkungan RM45.00 hingga RM65.00 bergantung kepada saiz bunga yang ditempah oleh pelanggan.

IMG 20151015 155827

Bunga yang dihasilkan dari gubahan beg plastik terpakai.

   Selain itu,bunga yang dihassilkan dari gubahan botol plastik terpakai juka merupakan produk tempatan yang dihasilkan di Kampung Kuala Gris. Antara keunikan bunga ini ia dihasilkan daripada botol plastik yang dipotong menjadi  kepingan dan digubah menjadi bunga. Gubahan ini memakan masa selama 2 hingga tiga hari untuk disiapkan dan harga bunga ini dalam lingkungan RM35.00 hingga RM55.00 dan bergantung kepada saiz bunga yang ditempah oleh pelanggan.